Dalam ucapan khas yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai 2025, rakyat Malaysia disajikan dengan pelbagai berita baik hasil pencapaian ekonomi negara yang semakin kukuh. Di sebalik tekanan kos sara hidup, kerajaan menzahirkan komitmen tinggi untuk memastikan hasil negara kembali kepada rakyat – terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Berikut adalah beberapa keypoints dari ucapan khas tersebut.
🔹 Peningkatan Pendapatan & Peluang Kerja
Rakyat kini menikmati kadar pengangguran terendah dalam lebih sedekad (3.0%). Gaji minimum telah dinaikkan kepada RM1,700, dan 153,000 pekerja sektor GLC menerima gaji kehidupan wajar RM3,100. Usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar memfokuskan kepada kehidupan rakyat pekerja.

🔹 Bantuan Tunai dan Subsidi Lebih Menyeluruh
Kerajaan mengumumkan peruntukan tertinggi dalam sejarah untuk bantuan STR & SARA, kini mencecah RM15 bilion. Tambahan RM100 akan diberikan kepada semua rakyat dewasa secara one-off melalui MyKad sempena Hari Kebangsaan. Ini dijangka memberi manfaat kepada 22 juta rakyat.
🔹 Pembelaan Nasib Pesawah & Penoreh Getah
Pesawah padi kini menerima harga lantai belian sebanyak RM1,500/mt, manakala penoreh getah pula menikmati harga IPG RM3.00/kg. Ini satu lonjakan besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.

🔹 Harga Petrol RON95 Diturunkan
Buat pertama kali, kerajaan mengumumkan harga RON95 akan diturunkan kepada RM2.00 seliter — memberi kelegaan kepada lebih 18 juta rakyat, termasuk anak muda dan pekerja gig yang bergantung kepada motosikal dan kereta harian.
🔹 Program Komuniti Diperkasa
Melalui Sejati MADANI, Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI, masyarakat kampung, pelajar dan pendidik mendapat sokongan terus untuk menjana aktiviti ekonomi, pendidikan dan kebajikan secara langsung.

🔹 Cuti Tambahan 15 September
Untuk meraikan ukhwah dan keistimewaan pembentukan negara Malaysia sejak 1963 — penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, kerajaan bersetuju memberi cuti tambahan 15 September sebelum Hari Malaysia.

🔹 Kadar Tol Kekal – Tiada Kenaikan untuk 2025
Kerajaan MADANI mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya utama yang dijadualkan pada 2025 telah ditangguhkan. Langkah ini diambil bagi meringankan beban rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang mencabar.
Antara lebuh raya yang terlibat termasuklah LPT2, MEX, SKVE, SDE dan LLB.
Sebagai usaha ini, kerajaan menanggung kos lebih RM500 juta bagi memastikan rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada.