Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah nafas lega buat rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup. Setiap fasa pembayaran STR buat ramai yang tertanya: “Bila duit masuk? Berapa yang boleh saya dapat?” Supaya tak tertunggu duit dalam akaun, mari kita lihat jadual rasmi bayaran STR untuk tahun 2025—dari fasa 1 hingga fasa 4—lengkap dengan jumlah bantuan bagi pelbagai kategori.

Tarikh Rasmi Setiap Fasa STR 2025
Kerajaan telah mengumumkan jadual pembayaran STR Fasa 2025 seperti berikut:
Fasa | Tarikh Bayaran |
---|---|
1 | 22 Januari 2025 |
2 | 24 Mac 2025 |
3 | 12 Ogos 2025 |
4 | November 2025 |

Jumlah Bayaran Mengikut Kategori
Jumlah bantuan STR berbeza mengikut kelompok penerima:
- Isi Rumah Pendapatan ≤ RM2,500
- Bantuan antara RM150 hingga RM650, bergantung jumlah anak
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bantuan antara RM150 hingga RM300
- Bujang (≤ RM2,500)
- Bantuan tetap sebanyak RM150
- Warga Emas Tanpa Pasangan
- Bantuan RM150
Kaedah Pembayaran
Bayaran STR dilakukan melalui dua saluran:
- Kredit terus ke akaun bank penerima / pasangan
- Penunaian tunai di kaunter BSN (jika maklumat bank tidak sah atau berlaku kegagalan kredit)
Kaedah Pembayaran
Bayaran STR dilakukan melalui dua saluran:
- Kredit terus ke akaun bank penerima / pasangan
- Penunaian tunai di kaunter BSN (jika maklumat bank tidak sah atau berlaku kegagalan kredit)
Terkini – Pembayaran STR Fasa 3 Diumumkan 12 Ogos 2025

Berikut kami sertakan rangkuman berita pengumuman berhubung dengan tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 sepertimana mana diumumkan oleh kerajaan.


Tak kira anda bujang, isi rumah, atau warga emas—jadual pembayaran STR adalah perkara utama yang perlu dimaklumkan. Dengan maklumat fasa, tarikh, jumlah dan kaedah semakan ini, anda boleh pantau bantuan dengan mudah.
Semak Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah di Sini
